Mengangkat Rumah Madani, Menggerakkan Peradaban Lokal

Launching Rumah Madani Jaringan Indonesia. Dok (IST)

Oleh : Muhamad Nazmi AR,
Wakil Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM), Anggota Dewan Tertinggi Pemuda Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM)

26 Januari 2024- Jumat

katacyber.com Malaysia – Institusi tertinggi dalam sebuah peradaban manusia merupakan puncak asas untuk membangun dan mendidik kekitaan, kekeluargaan dan kenegaraan. Peran penting ini perlu diisikan oleh seluruh golongan pakar, ilmuwan, ulama, pencerdas umat serta pemerintah demi membina sebuah tamadun yang unggul.

Misi pencerahan dan pembebasan harus diperluaskan secara inklusif dan merakyat, untuk dikeluarkan dari segala kejahilan, kebrobokan, pembodohan dan kerakusan berpanjangan. Hakikatnya Madani ini berasal dari Istilah Arab, “Madinah” bermakna kota yang teratur dan bersistem, membawa ke arah kemajuan dan keamanan. Manakala, menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka bahwa “Madani” adalah membawa ke arah untuk sebuah kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian, ahklak dan kebendaan. Ini juga seiring oleh Tokoh Ilmuwan Asia Tenggara, Prof Dr Dato Siddiq Fadzil mengangkat “living together in a peaceful society and culture” soal hidup damai bersama dalam sesebuah negara. Jelas kata beliau bahawa “Negara unggul yang kita impikan tentunya negara yang membahagiakan. Negara bahagia adalah negara yang selamat, adil, makmur, rukun dan harmonis berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan yang bertamadun dan beradab”. Maka prinsip Madani itu jelas dan terarah demi sebuah kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian sejagat; semacam pernah dibahaskan oleh Ibn Khaldun, Ibn Miskawayh, Ibn Farabi dan para ilmuwan lain-lainnya.

Konsep MADANI oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu penting untuk membawa perubahan yang baik bagi negara makmur dan bahagia, bertemakan “Membangun Malaysia Madani” melalui 6 nilai teras mendasar iaitu Ke(M)ampanan; Kesej(A)hteraan; (D)aya cipta; Horm(A)t; Keyaki(N)an; dan (I)hsan. Hal ini, usaha memetakan kerangka negara MADANI dari segala aspek termasuk soal pentadbiran negara, pemerkasaan ekonomi, sosio-budaya dan teknologi, ketelusan undang-undang dan sistem yang adil serta demi kesejahteraan rakyat berteraskan nilai dan akhlak yang murni.

Salah satu membawa ke arah perubahan yang baik, apa dimaksud diatas melalui usaha bersama mendidik dan pendidikan. Pendidikan itu perlu bermula dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besar hal, membina watak dan otak insaniah yang unggul. Keampuhan konsep MADANI perlu dirasai oleh seluruh keluarga, masyarakat, negara dan sekalian alam. Ini jelas juga dibawa Rumah Madani Jaringan Indonesia, tujuan muasalnya bagi memastikan dasar nilai-nilai MADANI dapat meresapi dan membumi secara keseluruhan di Indonesia. Natijahnya, pada tanggal 31 Januari 2023, hari Rabu pada jam 18.30 WIB akan diadakan “Launching Rumah Madani Jaringan Indonesia” bertempat di Taman Ismail Marzuki. Moga usaha yang kecil ini dapat manfaat bersama bagi seluruh bangsa Indonesia dan seisinya.

KataCyber adalah media siber yang menyediakan informasi terpercaya, aktual, dan akurat. Dikelola dengan baik demi tercapainya nilai-nilai jurnalistik murni. Ikuti Sosial Media Kami untuk berinteraksi